23 December 2010 - Khamis




Lagi beberapa hari sesi persekolahan untuk tahun 2011 akan di buka. Anak-anak ibu 3 orang bersekolah. Firdaus akan ke Tahun 6 (tahun ini adalah tahun penting), angah masuk tahun 4 dan Rafique ke tahun 2. Idzham pulak 5 January ini akan memasuki usia 4 tahun...ibu dan ayah plan nak masukkan dia ke Tadika, tapi belum decide lagi tadika mana. Yerla..idzham dah mengenal huruf A-Z, boleh menulis sikit, dan sudah pandai mengira 1-10.... jadinya rasa sayang pulak kalau tidak di teruskan, ibu kat rumah tau-tau jerlah..cukuplah dengan melayan balqis.....

Persiapan persekolahan, hmmmmmmm.....satu apa pun belum buat...Baju sekolah...rasanya cukuplah beli sepasang seorang...baju-baju lama masih elok lagi..kalau beli pun beli kasut sekolah jer....beg sekolah...rasanya Rafiq jer kot....Yuran dan buku-buku sekolah next week baru bayar...30 hb ditetapkan untuk pembayaran yuran sekolah.

Tahun 2011, merupakan tahun yang agak mendebarkan untuk ibu dan ayah. Anak ibu...baru pertama kali menghadapi peperiksaan penting...Firdaus bakal menghadapi UPSR. Setakat ini, baru hantar firdaus ke tuisyen math. Untuk subjek lain...masih belum dapat lagi kat mana nk hantar. Kalau boleh biarlah sekitar sini sahaja....jauh-jauh nanti susah pulak nak hantar....

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments