Happy Birthday Amerrul Firdaus & Amerra Balqis

Di sebabkan anak sulung ibu, Firdaus dan anak bongsu ibu Balqis lahir pada bulan yang sama, maka kami selalu satukan hari untuk sambut birthday keduanya.


Hari ini baru ada kesempatan untuk belikan kek. Tapi time ibu dengan ayah keluar nak pergi beli kek, hujan turun dengan selebat-lebatnya, terpaksa lah ibu dan ayah meredah hujan lebat untuk masuk ke kedai.

Basah lah kami berdua serta kotak kek anak- anak ibu🥰🥰🥰
Ibu dan ayah tak kisahkan semua tu, janji anak- anak ibu happy. Hari tu masa 5 Julai kami sekeluarga dan sambut dengan makan- makan di Tony Roma's di IOI Mall Putrajaya. Tapi waktu tu, tak de kek.

Beza umur Firdaus dan Balqis ialah 10 tahun 10 bulan.

Ayam Goreng Pedas Ala Korea

First time buat menu ayam goreng Korea.

Tergoda dengan menu kawan DRA ibu, Aen, selalu nampak dia update masak menu ni.

Dari sehari ke sehari nak masak ni, tapi asyik lupa beli sos Korea tu. Kebetulan tadi ibu dan ayah shopping barang dapur dia TESCO, ternampak sos Korea ni. Ok lah, lunch ni boleh masak.
Untuk pertama kali ni, ibu masak tak banyak sebab tak tahu sama ada anak- anak ibu suka ke tidak.

Sambil masak sambal sotong, sambil Google resepi ayam masak Korea ni. Aduhh....bermacam resepi yang ibu jumpa, semak kepala rasa😆😆
Sambil ibu perap dan goreng ayam untuk ready masak ayam Korea ni, ibu wassup dalam group tanya resepi. 😂😂Nasib baik Aen respond ceoat ..
Walllaaahhh senangnya resepi style Aen, ok..set .mudah sangat.

Rupanya sedap ayam masak Korea ni, walaupun agak pedas sikit. Tak cukup....🤭🤭🤭
Ada yang bising, kenapa ibu masak sikit, tak cukup...ok lah esok ibu masak lagi. Ni first trial ibu, anak- anak suka ok lah, lainkali boleh masak lagi 

posted under | 0 Comments

Bermula sesi persekolahan di sekolah baru. 💐💐

Rafique, Idzham dan Balqis akan memulakan sesi persekolahan 2019 ini di sekolah baru. Rafique di SMK Puchong Utama 1, Idzham pula memasuki alam sekolah menengaj, Tingkatan 1 di Sekolah .Sains Alam Shah Cheras, dan Balqis pula meneruskan Tahun 4 di SK Puchong Utama 2.


Rafique dan Balqis ulang alik dari rumah, di mana ibu lah jadi supir seperti biasa, manakala Idzham pula duduk di asrama.
Seperti yang ibu jangka, Idzham teruk mengalami Homesick, setiap hari akan call ibu 5 kali, tiap kali call mesti bersulamkan air mata, esak dan tangis. 
Allah sahaja lah tahu bagaimana perasaan ibu di kala itu. 

Setiap minggu, Sabtu dan Ahad akan datang melawat Idzham. Sabtu amik baju kotor, dan Ahad datang hantar baju. Berlarutan hampir 6 bulan senario ini. Alhamdulillah bulan 6 macam tu, dia dah mahu cuci baju sendiri. Lega sangat rasanya.
Semoga anak- anak ibu akan dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru, guru baru, kawan baru dan persekitaran baru. InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. 

posted under | 0 Comments
Older Posts

Followers


Recent Comments