Ramadhan..

Tak sampai 2 minggu lagi, umat islam akan menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak...
Ketibaannya sentiasa dinanti dan dirindui oleh umat islam...
Walaupun belum sampai masanya lagi..namun tidak salah kalau kita mengingati semula segala yang berkaitan dengan puasa....dengan itu, ketibaan Ramadhan nanti..kita sudah bersedia dari sudut mental dan fizikal.....insya Allah...

Pengertian puasa

Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Lafaz Niat


Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:
"نويت صوم غد عن اداء فرض رمضان هذه السنة لله تعالى"

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):

Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.


Hikmah Puasa

Puasa mempunyai pelbagai hikmah antaranya:


1. Menandakan kesyukuran kepada Allah

2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah(terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya.
3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain

4. Meningkatkan kesihatan diri.
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka(hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari kiamat.
6. Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah(keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.


Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;

1. Bulan diturunkan Al-Quran

Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia.

2. Bulan penuh berkat

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

"Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.


3. Bulan Penghapusan dosa

Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.

"Di petik dari Laman Web Jabatan Mufti Selangor"

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments