Majlis Perkahwinan - Mengimbau memori semalam......
Tarikh 13 September 1998, merupakan detik bersejarah buat ibu dan ayah. Tarikh itulah menyatukan ibu dan ayah sebagai suami isteri setelah bersama-sama menempuh pelbagai dugaan, pahit manis dan sebagainya. Segala persiapan majlis, langsir, gubahan hantaran, penyediaan pakaian pengantin semuanya ibu sediakan sendiri dengan dibantu oleh mak uda dan juga kawan-kawan ibu yang juga jiran-jiran sebelah rumah ibu. Baru tahu penat lelah semuanya apabila semuanya diuruskan sendiri.
Pukul 2 petang, ibu dan ayah selamat diijabkabulkan dengan berwalikan Atuk (ayah ibu), ini permintaan dari ayah untuk atuk sendiri mewalikan akad nikah ini. Walaupun pihak keluarga ayah sampai agak lewat, tapi semuanya berjalan dengan lancar walau tanpa sebarang paluan kompang, persandingan dan sebagainya...maklum atukkan tak suka majlis persandingan...harammmmmmm......heheheh......
Untuk tatapan anak-anak ibu dan sesiapa sahaja yang menziaarahi blog ini....inilah sebahagian dari gambar majlis perkahwinan kami..........
Ketika majlis makan pengantin...entah apalah yang ayah dok pikir tu smapai tergaru telinga...hehehhe
Sekitar upacara akad nikah....
Antara rombongan dari sebelah ayah bergambar di hadapan rumah jiran...tumpang untuk persalinan...
Bergamabar bersama, atuk sebelah ibu, mak (nenek) dan atuk sebelah ayah.....
Nenek sebelah ibu tak dapat bergambar sama disebabkan masalah kesihatan......
Atuk sebelah ayah......telah pergi menemui Illahi 2 bulan setelah majlis ini...ibu masih ingat tarikhnya 14 November 1998.....Al-Fatihah....
0 comments:
Post a Comment