Kek dan menonton movie sebelum tidur ...
23 February 2009
Ayah balik awal hari ni...belum pukul 7 malam ayah dah sampai rumah. Rupanya ayah dah beli kek kat Secret Recipe.....asalnya ayah nak beli hari ahad hari tu...tapi sebab dah lewat malam ayah tangguhkan ke hari ni.....
Happy expecting Jun 2009..........itu tulisan atas kek tu.....hehehe....sebenarnya saja-saja terasa nak makan kek....so...sesajalah ayah tulis atas tu.....
anak-anak sibuk tanya ibu apa tu expecting....ibu kata....Jun nanti....ekceli hujung Jun atau awal July nanti...you all akan dapat adik......oooooo...dorang kata....baby boy ke girl....?
urmmm....belum tau lah sayang......
ini dia chocolate fudge cake......tapi rasanya cam tak leh lawan indulgence cake...
Menonton movie sebelum tidur....layannn.....
Ekceli dah lama juga ayah beli Home Theater dalam bilik ibu dan ayah...tapi jarang sekali menonton......masuk bilik cuma untuk tidur jer....
so...baru-baru ni ayah ada bawa balik movie...so..dah dua malam sebelum tidur ibu dan ayah layan movie dulu......best juga...dan romantik juga...tengok dalam samar-samar cahaya....hahaha...jarang-jarang dapat suasana romantik macam ni....
So..first tengok movie Harold and Kumar......aduhhhhhh...kelakar sungguh lah cerita ni....sakit perut ibu gelak.....sesiapa yang dah tengok cerita ni mesti tau lawaknya cerita ni....ekceli cerita ni ada la tak bertapis sikit tapi tidaklah teruk sangat....dialog..."Osama Laden" tu yang tak tahan gelak tu......aduhhhhh.....
Movie ini mengisahkan perjalanan dua shabat karib...seorang Korean dan seorang lagi Indian...untuk pergi ke Amsterdam. Disebabkan Kumar mereka cipta alat hisap ganja yang canggih menyerupai dan dianggap bom dalam kapal terbang...maka bermulalah episod cerita mereka....
Cerita ini juga menyindir pegawai atasan kerajaan yang tidak berfikiran logik dan bertindak melulu yang membuatkan Harold dan Kumar dipenjarakan di Guatanamo. Mereka berjaya melepaskan diri dari penjara ini. Bermacam perkara yang terpaksa mereka tempuhi untuk melepaskan diri dari diburu oleh pihak polis. Diakhir cerita kononnya Presiden Amerika Syarikat Bush membebaskan mereka setelah menghisap 'weeds' bersama-sama.
Ini cover movie tu....
Malam tadi pulak tengok cerita Slumdog Millionaire...lakonan Dev Patel kalo tak silap, Anil Kapoor......jalan cerita ni memang best...sedih, kesian, simpati. Filem ni berdasarkan cerita Novel. Perjalanan filem ni memang bagus, hubungkait antara satu scene dengan satu scene dan juga flashback nya bertali arus tidak tergantung macam tu jer....
Kisahnya...seorang pemuda ni masuk program Who Wants To Be A Millionaire...dan dia berjaya sehingga ke akhir rancangan ni. Pemuda ni berjaya bukan disebabkan kepintarannya, bahkan dia memang tidak berpendidikan, berasal dari family yang susah dan bermacam onak dan ranjau yang dia terpaksa tempuhi dalam tempoh dia membesar. Tapi kemenangan dia adalah berdasarkan pengalaman hidup dia...hampir kebanyakkan soalan yang diajukan....dia jawab berdasarkan pengalaman yang di laluinya.
Pengalaman inilah yang menjadi cerita utama dalam filem ini....baru dapat lihat betapa susahnya dia nak melansungkan kehidupan dia setelah kematian ibu bapanya...dia hidup bersama abangnya....dapat lihat bagaimana sindiket yang menjadikan kanak-kanak pengemis...dibutakan mata kanak-kanak itu dengan cecair panas untuk dijadikan pengemis....dan macam-macam lagilah .....
Ini cover untuk movie ni...
0 comments:
Post a Comment