Rehat-rehat di hujung minggu

1 March 2009

Sabtu, seperti biasa keluar sarapan di luar. Kali ni macam malas nak pergi memana, lagi pun anak-anak ibu ada ujian isnin nanti....so..balik terus ke rumah. Ibu jemur kain, dan panaskan lauk semalam yang masih banyak, so ibu tak perlu memasak hari ni. Selepas itu...ibu terus bersama-sama dengan anak-anak ibu ulangkaji pelajaran..ajar lah yang mana patut.

Petang tu, ayah membaiki basikal Rafique. Sebenarnya dah lama Rafique minta di baiki basikalnya. Cuma ayah tak tahu kat mana kedai repair basikal dan juga tiada masa nak pergi mencari. Last...ayah cuba baiki sendiri dan alhamdulillah dah ok basikal Rafiq..berpeluh juga ayah membaikinya. dah siap baiki, Rafique merengek nak main basikal kat luar rumah...tepi jalan..tapi ayah tak kasi sebab risau maklum Rafique baru jer pandai naik basikal tanpa roda kecil. Sudahnya, ayah ajak ibu temankan Rafique main basikal depan rumah.

Rafique happy dapat main basikal depan rumah sambil ditemani ayah dan ibu. Idzham tidur waktu ni.



Hari ini juga kira hari anak-anak ibu dapat luka sebab jatuh lah, terhentak lah. Mula-mula idzham.....lepas ayah dah baiki basikal Rafiq....rafiq pun trylah bawak basikalnya kat halaman rumah....sambil tu idzham pun naik juga basikal lama yang asalnya milik angah...entah macam mana...idzham jatuh...sedang-sedang elok jer idzham terbaring..rafiq pun sampai dan terus langgar kepala idzham.....so..lebam dan bengkak skit kat kepala idzham dan pipi dia ada calar dan luka sikit.

Ini bengkak dan calar kat kepala dan pipi idzham. Waktu ini dah dalam kereta nak jalan-jalan makan petang..idzham pun sebenarnya baru bangun tidur ni sebenanrya..bad mood....




Lepas tu, sewaktu pergi TESCO....angah pulak ntah ceruk mana dia masuk dengan abangnya....tiba-tiba ibu nampak dia dah nak menangis....tengok-tengok dah luka kat belakang bahagian pinggang...rupanya ntah mana dia masuk time nak keluar tu pinggang nya terkena besi apa tah....




2 March 2009

Ahad...seperti weekend sebelum-sebelum ni...kalau ibu masak Sabtu so..ahad ibu cuti masak, tapi sebab semalam ibu tak masak..so hari ni ibu kena lah masak. Pagi-pagi ibu bangun....basuh kain, kemas dapur...ibu tak buat sarapan sebab ayah kata akan beli sarapan di luar dan makan kat rumah. Pukul 9 pagi ibu dah start masak untuk lunch....kecoh betul anak-anak ibu..mana tidaknya sudah sekian lama ibu tak masak ketam..hari ni ibu nak masak ketam ayah beli semalam. Memasing tak sabar nak makan.

Ketam tu ibu masak lemak dua versi satu versi tak pedas untuk anak-anak ibu dan satu lagi versi pedas.

Ketam yang belum di masak, selepas di bersihkan.....



Setelah di masak lemak cili api, dan lemak versi tak pedas....




Petang...selepas makan, rehat-rehat..sambil tengok tv....anak-anak layan cerita kartun, ayah pulak layan movie kat dlaam bilik cerita apa tah dan ibu layan mata...heheheh..ngantuk sih....

Dalam pukul 5 pm...seperti biasa keluar pergi jalan-jalan cari makan petang pulak....hahahah..dari Puchong ke shah alam dan ke Klang kami round....tapi tak tah kat mana port makan petang yang best......sudahnya kami balik ke Puchong dan pekena KFC.....layan kehendak anak-anak......ingat nak gi pasar malam..tapi hujan lebatla pulak....so..gi KFC jer lah...

Ragam anak-anak di KFC.....



Idzham tayang giginya yang bewarna pink....minum air strawberry

Ayah melihat anak-anak menjamu selera.....baru jer gunting rambut, tu yang nampak lain jer tu...


posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments