Ayah melayan anak-anak
7 Ogos 2009
Jumaat
Hari ni ayah balik cepat dari UITM. Sebenarnya ayah ambil cuti dua minggu untuk cuba menumpukan menyiapkan thesis untuk Ph.D ayah. Ayah akan pergi ke UITM dari pagi hingga ke malam. Tetapi hari ini ayah balik ke rumah dalam pukul 6 petang. Apalagi anak-anak ambil kesempatan untuk mendapat perhatian ayah.
Selepas makan malam, Idzham minta ayah bersihkan kuku dia,walhal ibu dah potongkan kukunya, tapi Idzham suka sangat kalau ayah bersihkan dan asah kuku dia. Ayah pun memang rajin melayan kerenah idzham ni. Tengoklah gambar kat bawah ni, asyik jer idzham bila ayah membersih dan mengasah kukunya.
Ini pula Balqis, terlentok dia tidur bila ayah dukung macam tu, Balqis memang suka kalau di dukung macam tu sampai tertidur, tapi...bukan semua orang dia boleh tidur macam tu. Biasanya kalau ayah yang dukung macam tu baru dia lena.
Anak ayah........
Ini pulak, waktu ayah sedang meriba Balqis, ayah dapat panggilan telefon....hahahaha...sampai terliuk lentok anak ibu atas ayah....yerlah pegang sebelah tangan.
Lawak pulak muka anak ibu ni......
Khamis
6 Ogos 2009
Gambar ini diambil sejurus selepas Balqis di cucuk untuk sebulan. Waktu dicucuk tu, menangis lah anak ibu ni. Sampai rumah jer terus dia tidur. Suntikan untuk sebulan ayah dengan ibu bawa Balqis ke Klinik Medi-Nur, di mana Doktor Noor Bila yang menyuntik Balqis.
0 comments:
Post a Comment