Sakit Perut

11 September 2009
Agak-agaknya kan...sesiapa yang datang menziarahi blog ni mesti boring jer dengan cerita yang sama ek...tak ada lah bukannya apa....ibu dan 3 orang anak-anak ibu diserang sakit perut selama 5 hari, dengan cirit biritnya dengan sakit perut yang teramat sakitnya.
Bermula dengan Rafique, lepas tu angah, ibu dan seterusnya Firdaus. Mula-mula anak-anak ibu dah sembuh, cuma tinggal ibu jer yang masih kronik berulang kali gi toilet sampai rasa cam dah tak larat nak melangkah. Makan ubat pun still tak ok lagi. Bila ibu dah mulai sembuh angah dan rafiq kembali sakit perut dan buang-buang air. Makan ubat sampai habis ubat pun tak sembuh lagi.
Pagi ini, ayah bawak lagi anak-anak ke klinik dan terus doktor kasi surat untuk refer ke hospital. Memandangkan ayah pulak perlu ke Mersing, ayah minta ibu pantau keadaan anak-anak dan ayah belikan air 100 plus. Sekiranya hari ini anak-anak ibu sembuh,tak perlulah ke hospital esok, kalau tidak terpaksalah juga admit ke hospital.
Tengahari, ibu masakkan bubur dan sup ayam untuk anak-anak. Tak tahulah macam mana keadaan anak-anak. Ibu doakan agar anak-anak ibu sembuh cepat dan kembali ceria, tidak perlu lah ibu dan ayah risau lagi.....nak raya pulak ni.
Harapan ibu agar semua yang membaca blog ini sama-sama mendoakan agar anak-anak ibu kembali pulih sepenuhnya. Terima kasih didahului atas doa kalian semua.
0 comments:
Post a Comment