Balqis belajar meniarap
Rabu - 11 November 2009
Sebenarnya puteri ibu ni agak lambat sikit belajar mengiring dan meniarap berbanding abang-abangnya. Yerlah..abang-abangnya umur 4 bulan dah terror meniarap, tapi Balqis umur 4 bulan baru nak belajar mengiring dan meniarap. Mulanya ibu agak risau juga, kenapalah anak ibu ni tak der langsung gaya nak mengiring .....usahkan meniarap. Tapi, bila tengok badan Balqis yang agak montel mungkin lambat sikit agaknya. Ini beberapa aksi Balqis belajar mengiring dan meniarap, nak tergelak juga...letak atas tilam tu, dia dengan gigih nak mengiring dan cuba untuk meniarap..sampai 360 darjah dia berpusing atas tilam tu..
Iyyyyaaahhhhh........usaha tangga kejayaan
Fuhhhhh........lepas juga meniarap, walau tangan tersepit....ini keesokkan waktunya, baru lepas nak meniarap...heheh..ayah kata kesian anak ayah

Ini sewaktu merebus kuih buah melaka tu, anak-anak ibu sama sibuk nak tolong...

Kuih Buah Melaka yang dah siap

0 comments:
Post a Comment