Tentang kami

Ayah, Mohamed Sulaiman Bin Sultan Suhaibuddeen, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ayer Molek, Melaka, dan ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Ayer Molek Melaka. Seterusnya menyambung pelajaran ke Sekolah Sains Muar, Johor dan kemudian ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekarang sedang dalam proses untuk mendapatkan PhD..insya Allah...

Ibu, Zahidah Binti Abdul Aziz, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Maran, Pahang, dan ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Maran. Seterusnya, melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Bekerja beberapa tahun dan kemudiannya berhenti untuk menumpukan perhatian pada rumahtangga.

Bertemu ketika di Tahun 1, UKM dan seterusnya mendirikan rumahtangga pada 13 September 1998 dan dikurniakan empat orang cahaya mata putera dan seorang puteri.

Happy Birthday Ayah....................

2 November 2009



Selamat Menyambut Hari Lahir Untuk Ayah tersayang. Semoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilimpahi dengan kebahagiaan,diberkati dan dilimpahi dengan rahmat Allah. Ibu dan anak-anak sentiasa mendoakan ayah berjaya dalam apa jua yang ayah lakukan dan teruskan menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak dan suami yang baik untuk ibu.

1 comments:

um. masyitah said...

Salam Adaman Family
Tahniah dan selamat hari lahir,semoga Allah limpahkan keberkatan buat kalian.

Raya 2009

Blog Widget by LinkWithin