Hari Kecemerlangan Akademik 2009
Hari ini, anak ibu yang sulung Amerrul Firdaus menerima dua anugerah kecemerlangan akademik di sekolahnya. Majlis berlangsung di Kompleks Rakan Muda Puchong. Anak ibu menerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik - Bahasa Melayu (Penulisan) bagi Tahun 4 dan juga Anugerah Peningkatan Prestasi.
Anugerah Terbaik Dalam Bahasa Melayu
(haa....yang ini ok..sebab pergi depan..itupun idzham melalak)
Sewaktu menunggu giliran untuk menerima hadiah
Sijil, piala dan hadiah yang diperolehi
Idzham yang selalu ajak balik.......
Angah dan Rafiq....hehhe..angah tahun depan study hard...ikut macam abang
Balqis..Sang Puteri comel yang tak banyak kerenah.....suka masukkan jari dalam mulut
Apa pun Tahniah untuk Firdaus, alhamdulillah dapat naik semula ke kelas pertama seperti tahun lepas.....ibu dan ayah harap Firdaus dapat meningkatkam lagi prestasi dan usaha lebih kuat lagi untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang. Bangga ibu dan ayah dengan pencapaian Firdaus...akhirnya firdaus menyahut cabaran ibu untuk cuba dapatkan semula kedudukan di kelas Pertama.
Buat Angah....ibu tahu angah boleh buat cuma angah mungkin agak terleka setelah berjaya naik kelas awal tahun ini dan mungkin juga ibu terlalai dalam memberi tumpuan pada angah. Apa pun ibu dan ayah harap angah akan berusaha keras untuk tahun hadapan dan sama-sama dengan abang menerima hadiah nanti..insya Allah.....ibu dan ayah sentiasa menyayangi kalian.
Buat ayah...terima kasih di atas kesanggupan ayah hadir di Majlis Kecemerlangan ini dan menyampaikan sendiri hadiah untuk Firdaus. Walaupun saat akhir baru dimaklumkan ayah sanggup membatalkan dua mesyuarat pada hari ini.....sayang ayah.....
Untuk anak-anak ibu dan ayah....kami sentiasa memberikan sokongan pada kalian dalam apa jua yang kalian lakukan...Semoga anak-anak ibu berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat..amin.
4 comments:
tahniah...lg 2 tahun nak upsr,ada harpan 5a nanti yep...
Ibu bapa cemerlang,congratulation anak2pun ikut cemerlang gak.
thanks kak eja, sall....insya allah..mudah-mudahan...
salam eidul adha...
tahniah buat Amerrul ..semoga mjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat
Post a Comment