Ikan Bakar Di Muara Sg. Duyung
Hari Pertama sampai di Melaka, Jumaat, setelah turunkan barang-barang, dan susun mana yang patut, kami pun menuju ke Muara Sg.Duyung untuk makan ikan bakar. Ibu dan ayah memang suka makan ikan bakar di sini. Ada 2 port sebenarnya, satu di sebelah kanan, di sini memang penuh dengan orang ramai, sebab kat sini memang murah dan kalau sanggup makan dalam keadaan hiruk pikuk boleh la kot datang sini.
Macam kami ni jenis yang tak suka makan di tempat yang sesak dan ramai, maka pilih satu tempat yang agak ke dalam sikit, kat sini memang privacy sikit lah, cantik pun cantik, dan agak mahal sikit berbanding tempat satu lagi.agak gelap sikit so..mudah lah ibu untuk menyusukan Balqis kalau dia buat hal...hahaha..memang pun....dia merengek..kenalah suakan susu..lepas tu tertidur la kejap.
Masa sampai tu, tak ramai orang, ada 2 meja jer yang penuh. Tak lama masa kami tengah makan tu, semakin ramai orang. Di sini walau ramai orang tapi keadaannya tidaklah hiruk pikuk, masih boleh control lagi, sambil dialun dengan iringan muzik.

Idzham, dengan air memang tak boleh pisahkan, makan nasi sikit jer..
Fresh Orange Tarik yaaaa........hehehe..ayah seperti biasalah tukang layan hero-hero, bila dah settle semua baru ayah boleh makan Beberapa sudut pandangan di kedai ini..
Antara hidangan, sambal sotong, hehehe..ini jer yang sempat ibu snap..lain-lain tu tak dapat sebab Balqis sudah bangun dan lasak, lauk pun sudah di makan..tak sempat nak snap. Antara menu lain, ikan siakap bakar, asam pedas ikan pari..ni favorite ayah, ibu memang tak makan ikan pari. Sayur campur dan nasi lemak. Okay lah tu, anak-anak pun bukanlah kaki makan kalau nasi-nasi ni...
Along dan Uda, sewaktu menunggu pesanan sampai.
0 comments:
Post a Comment