Akhirnya....
17 Mei 2010 - Isnin
Leher baju, ibu jahit menggunakan jahitan "karipap" kata nenek...dah hampir dua puluh tahun ibu tak jahit ni. Masa jahit hari tu pun, ibu cuba ingat-ingatkan semula apa yang nenek ajar....
Bahagian pinggang, ibu jahitkan getah...alhamdulillah menjadi ibu buatkan kain ni...
Akhirnya, ibu dapat juga menyiapkan baju kurung ibu....alhamdulillah menjadi juga. Baju kurung ni kira macam, yang pertama ibu jahit tanpa pengawasan dari sesiapa dan juga baju kurung kedua yang ibu jahit. Hasil pertama dulu dah lebih kurang 16 tahun dulu, ibu buat dengan pengawasan nenek. Lepas tu ibu dah tak pernah buat lagi dah.
Kali ini ibu buat berpandukan nota yang dah ibu kumpulkan beberapa tahun dulu dan juga hasil dari pembacaan dari internet.
2 comments:
tahniah..
berjaya jugak, kalau dekat tangan akak..
harusss....
x jadi baju ;p
thanks kak eja......
hahah..sy pun risau..tkt tk jadi..yelah kain pun bkn beli yg jns murah..konon kalau murah sgt..kalau jadi..tk nak pakai pulak....
Post a Comment