Happy Mother's Day
7 Mei 2010 - Jumaat
Happy Mother's Day atau Selamat Hari Ibu buat ibu, mama ,mommy,emak,mom, ummi,atau apa sahaja panggilan untuk anda yang bergelar ibu. Alhamdulillah....ibu rasa sungguh bertuah kerana masih mempunyai ibu dan juga ibu mertua...kedua-duanya ibu panggil EMAK. Kedua-duanya ibu sayang, ibu hargai dan ibu sanjungi. Ibu (nenek..panggilan anak-anak ibu)..kini di Pahang, emak kepada ibu, sekarang sedang tak sihat, dan Emak (anak-anak ibu panggil MAK), ibu kepada ayah, alhamdulillah sihat dan gigih menjaga dan membesarkan anak-anaknya dengan ketiadaan suami di sisi. Ibu cukup bangga dengan emak yang tidak pernah menampakkan riak wajah letih, penat dan sebagainya tapi seringkali senyuman terpancar di wajah emak setiap kali bertemu...kami sayang emak...
Tidak ketinggalan juga anak-anak ibu meraikan kedatangan hari ibu....dengan menghadiahkan ibu bunga dan juga bekas letak pen. Terima Kasih buat anak-anak ibu, membeli hadiah menggunakan duit simpanan dan juga duit belanja yang dikumpulkan. Ibu sayang sangat dengan anak-anak ibu, semoga anak-anak ibu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, menjadi anak-anak yang taat dan berjaya di dunia dan akhirat.
0 comments:
Post a Comment