School Holiday



Bermulalah cuti persekolahan bagi murid-murid sekolah dan juga guru-guru....hehehe..nanti ada yang kata...guru tak boleh cuti pasal kena tanda kerta peperiksaan...tak apalah....kalau dah pilih untuk jadi guru, kena bersedialah hadapi semua itu dengan hati yang senang, seperti juga kerjaya lain yang setiap satunya ada pro dan kontranya. Begitulah juga, dengan kerjaya SURI RUMAHTANGGA SEPENUH MASA ni...(halamakkkk....start nak menaip ala-ala membebel lah ni...).
OK....apa plan ibu yer untuk anak-anak ibu sepanjang cuti sekolah. Cuti-cuti Malaysia..nehi..nehi, pasal ayah tak ambil cuti. Kalau jalan-jalan dalam Melaka ni mungkinlah boleh..itu pun weekend, tapi weekend di tambah lagi dengan cuti sekolah ni......macam tak best jer nak keluar...sebab pasti penuh dengan mereka yang datang bercuti ke Melaka, di tambah lagi dengan bermulanya SUKMA pada 10 Jun ini.
Adalah ibu listkan beberapa aktiviti untuk anak-anak ibu. Aktiviti yang terus berjalan...Taekwandolah setiap Jumaat dan Ahad. Aktiviti di rumah, untuk mengelakkan hero-hero ibu bermaharajalela...aktiviti kraf, aktiviti fotografi dan beberapa aktiviti lain. Selain rutin wajib...belajar sehari 2 jam...cukuplah kot ka..2 jam.... ;)
Aktiviti untuk ibu....sulam, jahit manik, decoupage, menjahit dan aktiviti kraf lain.....relaks lah dulu....layan anak-anak dulu sepanjang cuti sekolah ini.

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments