Sesi Luahan Hati Seorang Surirumah :)))

24 September 2010 - Jumaat

Makin hari makin tak der apa yang nak dimasukkan dalam blog.....yelah...tak ada aktiviti apa pun...menjahit tidak, decoupage tidak, menyulam reben tidak, melancong tidak.....yang ada cuma aktiviti harian bergelut dengan kerja rumah yang tidak pernah berkesudahan :(, so...aktiviti yang ibu suka pun terpaksa lah ibu tinggalkan. Tak ada masa terluang pun...sewaktu balqis tidur, masa itulah untuk ibu gosok baju- sehari tak gosok...maka akan bertambahlah isi bakul tu, melipat kain, mengemas dapur. Balqis pulak tidur, selang 10-15 minit mesti bangun.....penat ibu ulang alik.

Rumah pulak, kalau ibu tak kemas, hurmmm...alamat macam kapal karam lah jawabnya, dan lagi kemas pagi, tengahari dah selerak. Dengan air tumpahnya, dengan kertas sana sini, dengan tisu, dengan mcm-mcm lagilah...hahahaha...kekadang ibu rasa cam aper yerrr....nak angkat bendera putih pun iyer...nak buat derrkkkk pun iyer.....penat.....ibu sorang yang mengemas rumah dan macam-macam lagi lah.......(sesi luahan perasaan.......agar anak-anak ibu jika membaca entry ini akan faham apa yang ibu rasa....:( )

Orang kata, jangan stress sangat pasal rumah, buta kan mata..buat buat tak nampak jer mana yang tak terkemas tu, tapii..macam mana yerrrrrr.......mata ibu ni tak dapat nak tengok benda-benda tak kemas ni, benda bersepah, benda tumpah-tumpah ni, so...mata tak tahan tengok, tapi kudrat tak mampu nak buat dahhhh....huhuhuhuhuIbu faham, anak-anak ibu kecil-kecil lagi....tapi...along dan angah kan dah boleh harap, dah faham apa yang sepatutnya korang buat, memasing punya kerja semua ayah dah tetapkan..tapi..setiap kali waktunya kena buat....kalau tak ada alarm dari mulut ibu ni, tak kan buatnya.....nak tak nak ibu kenalah bunyikan alarm

Huuhuhuhuhuhu.....siapalah yang faham dan boleh dengar isi hati ibu ni yerrr.
Time-time raya ni..laaagiiiilaahhh ibu stress...kekadang orang datang tak bagitau, tau-tau dah pun bagi salam...mana sempat nk kemas rumah....kelam kelibut ibu.
Nak cari maid sementara atau part time, punyalah susah kat Melaka ni......tak tau mana nak cari. Yang datang separuh hari atau datang seminggu dua kali ker.....pun dah kira ok lah.....untuk mengemas, menyapu habuk, menggosok baju, mencuci bilik air.....ada ker kat melaka ni......@_@

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments