Apa kena dengan Idzham ????

1 April 2011 - Jumaat

Gambar ini tiada kaitan dengan cerita :)



Hari ini, ibu agak lambat keluar dari rumah untuk menjemput Idzham, time ibu sampai, budak-budak dah keluar, tapi idzham masih lagi di dalam, yerla, cikgunya takkan benarkan murid-murid keluar selagi ibu atau ayah belum sampai.


Ibu nampak idzham keluar, tapi muka dia tak seceria selalu. Tak apalah, ibu diamkan jer, sebab nak cepat, nak ambil pula abang-abangnya kat sekolah. Sudah pakai kasut, masuk kereta. Ibu tanya idzham..:


Ibu : Yam, kenapa dengan yam ni...

Idzham : Yam..tak sihat..yam sakit pinggang, yam tak boleh pergi sekolah.

Ibu: sakit pinggang ? Kenapa? Yam jatuh ker?

Idzham : Ha ah, yam jatuh..

Ibu : Yam jatuh kat mana?

Idzham : Tak tauuuu..(sambil nak menangis...), yam tak boleh pergi sekolah..

Ibu : Tak apa...esok..2 hari yam cutikan, tak payah gi sekolah. Rehat kat rumah. Nanti Isnin, yam sihat boleh gi sekolah.

Idzham : Tak....yam tak sihat, yam tak mahu gi sekolah.


Aik....kenapa dengan idzham ni, tiba-tiba tak mo gi sekolah ni. Kena rotan ker, kena buli ker, atau apa yer..??


Sambung lagi....


Ibu : Kenapa..yam tiba-tiba tak mau gi sekolah ni? Yam, sakit perut ke pinggang?

Idzham : Pinggang.... (sambil tunjuk kat perut dia)

Ibu : Itu sakit perut tu...bukan pinggang...ok..yam makan apa kat sekolah tadi?

Idzham : Makan mee pedas....

Ibu : Habis tak?

Idzham : Habis..tapi yam sakit pinggang ni sebab makan banyak sangat. Yam tak suka makan.


Ohhhhh...ok..memang dah sedia maklum, pernah Idzham bagitahu ibu, kata Yam suka pergi sekolah, yam suka belajar, ramai kawan-kawan, tapi yam tak suka makan. Cikgu selalu paksa yam makan. Ibu pun memang tahu, cikgunya bagitahu, yam tak suka makan, so..kena suapkan untuk dia habis makan.


Sambung lagi .....


Ibu : Oooooooo....yam tak suka makan yer, cikgu paksa yam makan..tu sebab yam tak mahu pergi sekolah? Okey, nanti ibu cakap dengan cikgu Ita, jangan paksa yam makan yer, kalau yam tak mahu makan.


Idzham : (Angguk)...ibu cakap dengan cikgu...yam tak mahu makan nasi, mee semua..yam nak makan donut pedas jer. Ibu suruh cikgu masak donut jer...


Ibu : Okey..okey..nanti ibu cakap dengan cikgu yer....


Aduhhh..pelik la idzham ni, kalau budak lain suka jer makan macam-macam..dia pulak tak mahu makan. Tapi rasanya memang betul dia sakit perut, sebab...baru ni tadi dia mengadu lagi sakit perut....(tapi yam kata pinggang).....


Masa entry ni ditulis, idzham sedang tidur...sebelum tu idzham pesan...."Ibu..nanti bagitahu ayah yer, yam sakit pinggang...nanti ayah bawa yam pergi klinik".


posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments