Ulangtahun Perkahwinan - 13 tahun
13 September 1998 – 13 tahun dahulu……ibu dan ayah telah diijabkabulkan, termetrai sudah hubungan yang dibina selama hampir 4 tahun. Janji yang dipatri telah dilaksanakan. Bermulalah episod baru dalam hidup ibu dan ayah sebagai suami dan isteri. Diiringi doa semoga ikatan ini akan kukuh sehingga ke akhir nyawa.
13 September 2011 – Kini genap 13 tahun ikatan suami isteri terjalin. 13 tahun bersama dengan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Terbayang di mata ini, ketika di awal perkahwinan…..kehidupan ibu dan ayah tidaklah sesenang sekarang. Ketika kehidupan terumbang ambing dengan kerja yang tidak tetap..sungguh perit ketika itu, pelbagai dugaan datang menduga. Kesusahan yang di alami sungguh mencengkam hati ibu dan ayah…ketika ibu sarat mengandung anak sulung….ibu tetap menemani ayah dari satu lokasi ke satu lokasi untuk mencari pekerjaan….sedih..hiba…sayu dan pelbagai perasaan yang tidak dapat digambarkan. Sehinggalah ibu melahirkan anak ibu yang sulung….kehidupan masih terumbang ambing dengan pendapatan yang tidak tetap….sehingga pernah ayah menangis kerana tidak mampu untuk membeli puting susu. Alhamdulillah…….tempat untuk kita berteduh diwaktu itu tidak menjadi masalah kerana kita menumpang dirumah mak ketika itu.
Berkat doa dan usaha gigih ayah untuk mengubah kehidupan kita……dari satu tahap ke satu tahap ayah mendaki….berkat kegigihan ayah yang bekerja keras setiap hari tanpa mengenal erti penat dan jemu….kehidupan kita semakin berubah dan ketika itu awan kelabu semakin berarak menjauhi dan menampakkan sinar mentari yang kian menyinari kehidupan rumahtangga ibu dan ayah.
Walaupun demikian…..dugaan tetap datang menjengah..mungkin Allah mahu menguji sejauh mata kukuhnya ikatan suami isteri yang terbina ini…..alhamdulillah berkat doa dan kesabaran …ibu dan ayah tetap kuat dan tabah menghadapi dugaan dan ujian dariNya. Terima kasih kepada ayah kerana banyak berkorban jiwa dan raga dalam menjadi nakhoda keluarga ini. Tanpa itu semua…tak mampu ibu membayangkan apa yang akan terjadi pada hubungan ini.
Walaupun usia perkahwinan baru masuk ke angka 13….mungkin bagi mereka yang sudah lama melayari ikatan perkahwinan…angka itu masih baru..tapi bagi ibu…sepanjang 13 tahun ini terlalu banyak perkara yang berlaku yang mematangkan ikatan perkahwinan ini. Tetapi……alhamdulillah..perasaan ibu dan ayah tetap sama ketika dialam percintaan dahulu….kami tetap bergurau senda…dan satu sikap ayah yang menjadikan ibu terlalu menghargai ayah……sikap bertangugngjawab ayah terhadap ibu dan anak-anak, sikap bertolak ansur ayah, sikap ayah yang suka berjenaka dan banyak lagi sebenarnya…..
Ya Allah…..aku bermohon kepada Mu Ya Allah…..kukuhkan lah ikatan ini, berilah kami kebahagiaan dalam menjalani kehidupan ini. Berkatilah segala apa yang kami lakukan. Peliharalah kami agar sentiasa berada di jalanMu ya Allah. Jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah…sentiasa taat kepadaMu Ya Allah dan juga taat kepada kami ibubapanya. Jauhkanlah kami dari segala perkara-perkara buruk. Panjangkanlah usia kami dan kurniakanlah kesihatan yang baik untuk kami. Kurniakanlah kami keimanan dan ketakwaan kepadaMu sentiasa. Semoga kami sentiasaa dalam keredhaanMu. Amin…amin yarabbal alamin.
Disini ibu abadikan ucapan dari ayah sempena ulangtahun perkahwinan ini :
0 comments:
Post a Comment