Bermula sesi persekolahan di sekolah baru. 💐💐

Rafique, Idzham dan Balqis akan memulakan sesi persekolahan 2019 ini di sekolah baru. Rafique di SMK Puchong Utama 1, Idzham pula memasuki alam sekolah menengaj, Tingkatan 1 di Sekolah .Sains Alam Shah Cheras, dan Balqis pula meneruskan Tahun 4 di SK Puchong Utama 2.


Rafique dan Balqis ulang alik dari rumah, di mana ibu lah jadi supir seperti biasa, manakala Idzham pula duduk di asrama.
Seperti yang ibu jangka, Idzham teruk mengalami Homesick, setiap hari akan call ibu 5 kali, tiap kali call mesti bersulamkan air mata, esak dan tangis. 
Allah sahaja lah tahu bagaimana perasaan ibu di kala itu. 

Setiap minggu, Sabtu dan Ahad akan datang melawat Idzham. Sabtu amik baju kotor, dan Ahad datang hantar baju. Berlarutan hampir 6 bulan senario ini. Alhamdulillah bulan 6 macam tu, dia dah mahu cuci baju sendiri. Lega sangat rasanya.
Semoga anak- anak ibu akan dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru, guru baru, kawan baru dan persekitaran baru. InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. 

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments