Cuti Sekolah
16 March 2011 - Rabu
Cuti sekolah sudahpun sampai ke pertengahannya, selama seminggu cuti sekolah ini, ibu dan ayah tak bawa anak-anak ke mana-mana. Maklum, Firdaus akan menghadapi UPSR pada bulan September nanti, jadi jadual cuti sekolahnya penuh dengan kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Yerlaaa....takkan ibu dan ayah nak tinggalkan dia sensorang.....bukan apa, semalam Firdaus bagitau ibu..katanya kasihan kawannya sebab tak dapat ikut familynya pergi bercuti, sebab dia ada kelas tambahan. Ibu cakap pada Firdaus......haaa...tengok, kalau abang (panggilan Firdaus dalam family) kena macamtu macam mana? Abang sedih tak?...Firdaus jawab "mestilah sedih..."..ntahlah, mungkin sebab kawan Firdaus tu dah biasa ditinggalkan ibubapanya...sedangkan Firdaus, tak pernah sekali pun ibu dan ayah tinggalkan dia untuk bercuti ke mana-mana.
Ibu dan ayah memang dah plan awal-awal....tak akan ke mana-mana bercuti sebelum bulan September, sebab memang sedia maklum..anak nak exam...sudah pastilah akan ada kelas tambahan dan sebagainya.....
Kebetulan pula, bermula esok ayah akan pergi ke Perlis atas program WATANIAH sehingga hari Ahad.
Tak apalah, insya allah...selepas bulan September nanti kita akan pergi ke mana-manalah untuk bercuti. Ibu dan ayah sentiasa berdoa agar Firdaus berjaya dengan cemerlang dalam UPSR nanti....ibu memohon agar pembaca-pembaca blog ibu ini tolong doakan sama yer kejayaan Firdaus..Terima Kasih :)
0 comments:
Post a Comment