Sukanya dia......:))
11 March 2011- Jumaat
Kenapa dengan Balqis ni....heheheh..ibu pun ingat-ingat lupa, sebab gambar ni dah lama dok dalam hp ibu. Kalau tak silap ibulah kan.....waktu ni, abang-abangnya sedang kipaskan muka balqis gunakan apa yer..dah lupa..tapi....tengoklah balqis tu..bukan main suka dia..siap dengan tangan dia lagi......
Balqis dan pun menginjak ke usia 1 tahun 8 bulan....kejap jer rasanya nak masuk 2 tahun. Dah banyak benda yang dia pandai.....dah pandai membantu ibu mengutip sampah dan buang dalam bakul sampah, dah pandai lepas ibu bukakan baju dan diaper dia...balqis akan masukkan dalam bakul kain kotor dan juga bakul sampah, dah pandai kalau ada air tumpah..cepat-cepat cari kain untuk lap, dah pandai ikut lagu-lagu yang dia suka dan selalu dengar..lagu Maher Zain contohnya "InsyaAllah", "Barakallah", lagu kanak-kanak "Lagu tiga kupang"...dan macam-macamlah.....ohhh....ya...balqis panggil ibu camnie.."Iderrrr"..camtulah lebih kurang bunyinya.....Dah tahu nama abang-abangnya..siap dengan nama betul lagi..kalau kita tanya mana Idzham...pantas jer dia tunjukkan Atehnya...dan begitulah seterusnya.
Semoga Balqis akan menjadi anak yang solehah, anak yang dapat membuatkan dan membahagiakan hati ibu dan ayah dan juga berjaya dunia dan akhirat....
0 comments:
Post a Comment