Balik Kampung.....
17 Mei 2009
Ahad
Ahad.....pagi ni dalam pukul 11 pagi,selepas ibu siapkan kerja-kerja rumah, tiba-tiba ayah ajak balik Melaka tengok mak...dah lama tak balik jumpa mak. Anak-anak bersorak happy bila di ajak balik Melaka.
Sampai di Melaka, lebih kurang pukul 1 tengahari, dan kami memang tak breakfast dan lunch pun, so...ayah bawa pergi ke Restoran Subaidah di MITC Melaka. Waktu ini memang penuh restoran dengan orang ramai. Kami ambil kedudukan meja yang agak jauh ke dalam dan agak tersorok sedikit......baru rasa selesa...
Ayah suggest agar ibu try air jus epal + asam boi..sedap kata ayah...jadi ibu pun order lah. Jus epal 3 gelas, dan 2 gelas jus orange...Idzham seperti biasa kongsi dengan ibu. Untuk makanan pulak, ibu order nasi goreng ayam, anak-anak pun nasi goreng ayam ..cuma tidak pedas dan ayah pula ambil nasi campur. Makanan belum sampai tapi idzham dah menghabiskan air jus epal ibu.....tapi..memang sedap sangat-sangat.....di tambah pula cuaca kat luar yang panas terik.
Ketika menunggu makanan sampai
Jus epal + asam boi...mula-mula order gelas biasa, tapi tak cukup pulak, so ayah order segelas besar....
Nasi goreng ayam...untuk ibu
Nasi goreng ayam untuk anak-anak
Jus orange untuk Uda dan along
Jus epal + asam boi untuk ibu tapi di zassss oleh Idzham...
Setelah selesai lunch, kami pun pergi ke kedai mak...tak lama di kedai mak..sekadar menjengok mak pun dah cukup...mak pun sibuk melayan orang yang datang membeli....setelah itu, kami pun pergi ke rumah tukang urut yang biasa ibu dapatkan rawatan mengurut. Bukan apa, sajalah nak mintak bidan tu tengokkan kedudukan bayi. Alhamdulillah....kedudukan bayi berada di posisi yang betul....dan bidan ni menjangkakan ibu akan melahirkan seorang bayi lelaki....hahahahha tu dia...lima hero lah anak-anak ibu.
Tak apalah....ibu dan ayah tak kisah..lelaki ke perempuan asal sihat, sempurna dan selamat semuanya...tetapi jika lahir nanti girl..itu kira bonus lah....;-)
Setelah selesai mengurut, kami pergi menjenguk rumah kami di Lorong Pandan..kebetulan jiran baik kami tak ada di rumah, nasib baik ayah bawa kunci spare. Sampai jer...ayah membersihkan pokok-pokok yang dah mula menjalar di pagar-pagar dibantu oleh anak-anak, ibu pergi masuk dalam rumah dan melihat keadaan dalam rumah. Nampak laman rumah bersih, seolah-olah di sapu...rasanya Makcik Hasnah yang bersihkan laman ni, tak apalah nanti ibu telefon makcik dan ucapkan terima kasih....
0 comments:
Post a Comment