Kejam ker......
3 MEI 2009
Ahad
Bermula hari ini, ibu dan ayah terpaksa bertegas dengan anak-anak dalam mengatur jadual untuk anak-anak. No more cartoon,no more tv program, no more computer game until end of this month. Pendek kata kat rumah ni..bermula hari ini, tv langsung tidak bersuara. Apa nak buat...selama ini ibu dan ayah agak berlembut dalam mengatur jadual study anak-anak tapi....hasilnya memang menyedihkan.
Banyak menonton cartoon menyebabkan anak-anak ibu hilang fokus terhadap pembelajaran. Buat latihan dan homework tetapi sentiasa teringatkan program tv. Belajar waktu malam hanya 1 jam setengah..itupun kekadang main-main, dan ibu pulak tak dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak kerana terpaksa melayan kerenah idzham yang kadang-kadang membuatkan ibu hilang sabar.
Untuk itu, ibu terpaksa menyusun semula jadual study...buat latih tubi soalan-soalan setiap subjek. Jika salah...mesti dibetulkan waktu itu juga...tak ada lagi penagguhan pembetulan. Ibu pun terpaksa korbankan waktu menonton tv ibu...kalau malam Buletin Utama..terpaksalah ibu abaikan...cuma yang menjadi masalah sekarang ialah idzham.....walaupun telah diberi pen dan kertas, pensil warna tapi dia tetap mahu kan ibu tumpukan perhatian pada dia seorang....selagi ibu tak duduk sebelah dia dan tengok apa yang dia buat..selagi itulah dia akan merengek. Idzham pun suka mengacau buku-buku dan alatan menulis abang-abangnya. Pening ibu dibuatnya.
Ibu dan ayah pun telah berhentikan tuisyen anak-anak ibu memandangkan tiada progress dalam pembelajaran anak-anak. Malahan anak-anak lebih memahami apa yang ibu dan ayah ajarkan berbanding tuisyen....so..ibu dan ayah mengambil keputusan bermula Mei..ibu dan ayah sendiri yang akan memantau dan mengajar anak-anak di rumah.
Diharapkan anak-anak ibu dan ayah akan menunjukka prestasi yang membanggakan dalam pembelajaran mereka..terutama mid-year exam yang bakal diadakan pada 18 Mei...tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk anak-anak mengulangkaji pelajaran. Semoga keputusan ibu dan ayah tepat dan menunjukkan hasil yang memuaskan..insyaAllah...semoga Allah kurniakan hati yang terang kepada anak-anak ibu....aminnnnn....
3 comments:
siannya akak..
akak sekali kene dera xleh tgk tv hehehhe..
tp mmg betullah kak..bebudak skrg ni..too many entertainment..channel katon belambak2 kat tv..kite block channel yg satu ni..dorang switch to other channel..susah2...
idzham ni rasanya dah kuar adik dia ni nanti oklah kot...
skrg ni dia feel "bongsu" tulah camtu manja dia..
sabar ye kak..dugaannnnnnnn
tu lah nest....
terlampau byk entertainment...menyebabkan dorang hilang minat nk belajar..hilang fokus......
si idzham...mmglah...kekadang hilang gak sabar dgn kerenah dia...terlepas juga lah kena lepuk kt montot....
Post a Comment