Alhamdulillah..Ramadhan Menjelma


SALAM RAMADHAN

Kami Idaman Family mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung blog kami. Semoga Ramadhan kali ini akan kita penuhi dengan amalan dan menginsafkan diri kita dan seterusnya kita dapat menghayati kelebihan dan hikmah di sebaliknya. Semoga ibadah puasa kita akan mendapat ganjaran terbaik dariNya.

Nabi Muhammad s.a.w. memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.
(sumber : http://www.harunyahya.com/malaysian/artikel/ramadan.php)

SELAMAT BERPUASA....JANGAN LUPA TUNAIKAN SOLAT TERAWIH DAN BAYAR ZAKAT TAU........

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments