Terawikh di Malam Pertama

Aug 23

21 Ogos 2009

Jumaat




Malam ini merupakan malam pertama umat Islam bertarawikh. Jadi anak-anak ibu dan ayah bersemangat nak pergi terawikh termasuklah Idzham. Yerlah..si comel tu mana tau apa itu terawikh, tengok abang-abangnya bersiap dia pun samalah menyibuknya, dengan berbaju melayu , bersongkok dan siap bersampin lagi. Cuma waktu nak pergi tu, dia minta ibu bukakan sampinnya. Kalau ikutkan ayah tak bagi idzham ikut, takut dia menangis nak ajak balik, tapi kesian pulak dia dah bersiap, kena lah bawa juga.




Ayah dan anak-anak bersembahyang di Masjid Bukit Puchong 2. Lebih kurang pukul 10 malam, ayah dan anak-anak balik. Ibu sangkakan dah siaplah solat terawikh, rupanya-rupanya masih belum habis. Idzham sudah menangis ajak ayah balik. Pukul 10 malam sewaktu ayah dan anak-anak balik, baru masuk 4 rakaat sembahyang terawikh, Lamanya, ibu kata...baru 4 rakaat....kalau tempat lain, 9:30 kadang-kadang sudah habis solat. Ayah kata, selepas Isyak ada tazkirah ..adalah dalam 20 minit, lepas tu, Imam pulak baca surah yang panjang....so..itu yang lambat. Nak tak nak ayah terpaksa lah balik walaupun belum habis solat....sambung kat rumah sahajalah jawabnya.




posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers