Melaka, kini ku kembali

12 March 2010 - Jumaat

Salam untuk semua follower blog ini dan juga pengunjung yang mungkin tersinggah di sini. Lama sungguh tak berupdate blog ini, bukan nya kerana tiada line internet, tetapi sebab tiada mood dan tiada keinginan untuk mengupdate blog ini...tak tahu la kenapa. Internet, sudah pun ada...jumaat pindah ke Melaka, Isnin dah pun masuk line.....huhuhu...cepat tak.....;)
Melaka, mula-mula berpindah ke sini...panasssnyaaaa......tak boleh tidur malam, di tambah pula aircond lak rosak, dah order part yang perlu di ganti, tapi belum sampai lagi...kata tokey tu. Malam ..kepanasan lah tidur, Idzham dan Balqis sampai naik ruam yang terus, terpaksa la pergi klinik untuk redakan ruam tu. Tergaru-garu....memasing.
Tapi,,minggu ni nampaknya cuaca di Melaka, sudah kurang panas, tengahari tadi..hujan turun....lebat walau pun tidak lama, tetapi syukur kepada Allah dengan turun nya hujan dapat lah juga meredakan kepanasan di bumi ini, sejuk sikit bumi, tumbuh-tumbuhan...
Banyak benda yang nak dikongsi dan diabadikan dalam blog ini, tetapi, nanti lah bila tiba mood untuk update nanti, terisi lah dengan gambar-gambar.
Semalam, pergi registerkan untuk Firdaus, Angah dan Rafiq kelas berenang. Ambil slot malam lah, sebab kalau slot malam...ibu bapa atau adik beradik yang dtg menemai boleh masuk free....dan juga..sejuk sikit memalam berenang.
Sekarang...tengah nak mengemakinikan rumah ni. Ibu dah buang dan buangkan segala pokok-pokok di taman yang bak kata pepatah..sekangkang kera. Ibu kosongkan kolam air..kuarkan kolam tu..dan sekarang tengah plan nak timbuskan lubang bekas kolam tu. Selain tu, ibu juga tengah memikirkan kat mana lah ibu nak poskan kerusi besi yang dah berusia 12 tahun tu, kalau dicat..masih cantik lagi..kusyennya pun masih elok, nak pos akuarium....siapalah yang sudi nak ambil tu, lagi nak poskan katil...tiga tingkat tu....apa lagi ekkk....haaa...nak bagi car seat yang dah agak usang walaupun masih boleh digunakan lagi....lagi apa ekkk......walker....lagi....nantilah...
Tak tahu nak hantar ke mana benda semua tu.....
Nantilah sambung.......hero-hero dah bergusti kat belakang tu.....

posted under |

1 comments:

sayangsayangibu said...

sibuk sungguh ye...pelan2 maaa...... ;p

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments