I'm baaaaaackkk !!!!!!

Yes....my dearest reader, it really is me :))......

ALhamdulillahhhh syukur ke hadrat Allah kerana mengembalikan semula blog eidaice ini...blog ini yang amat-amat ibu sayangi.......Setelah sekian lama menyepi disebabkan serangan virus yang tidak dapat ibu kenalpasti dari mana lagi setelah pelbagai link, sidebar dan semua yang berkaitan didelete.

Last post dalam blog ini ialah pada October 2011, dan selepas itu blog ini tenggelam di lautan yang tidak bertepi.....percubaan memindahkan isi blog ini ke wordpress tidak dapat mengembalikan mood ibu untuk membebel dan mencoretkan kisah suka dan duka.....hujan emas di wordpress, hujan batu di eidaice. blogspot.com....tetaplah blog ini menjadi tempat yang paling ibu suka untuk berblog.

Hari ini, ibu dengan secara rasminya mengangkat bendera putih dan meminta pertolongan ayah. Jika sebelum ini ibu cuba menyelesaikannya sendiri tapi akhirnya ibu mengalah...dan tidak sampai beberapa minit ayah settlekan...cuma ayah kata harap-harap tidak adalah virus yang masih bersarang di blog ini.....insyaAllah mudah-mudahan....

Bermulalah untuk ibu memasukkan gambar-gambar yang selama ini diabadikan dalam Facebook ibu....ialah facebook , manakan sama dengan blog...kat blog boleh menceceh panjang-panjang... :)

Ohhhh yaaaa....sebelum terlupa.....ucapan terima kasih ibu hadiahkan pada ayah kerana berjaya mengembalikan blog eidaice ini dan seterusnya menukarkan template baru.....

Ok....untuk kali ini cukuplah dulu....sesi memanaskan enjin......jumpa di lain kali....
Ohhhh yaaaa....pesanan untuk kawna-kawan ibu dan follower ibu...ibu nak minta maaf sebab terpaksa mendelete nama-nama kalian as follower..jika kalian sudi.....silalah jadi follower sekali lagi untuk blog ini......terima kasih ibu ucapkan ...:))

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments