Selamat Hari Guru




16 Mei - Sambutan Hari Guru. Selamat Hari Guru buat guru-guru tidak kira di mana saja anda berada. Khas buat guru-guru yang pernah mengajar saya sejak dari Tadika hinggalah ke Universiti.

Antara nama guru-guru yang pernah mengajar sejak tadika ialah Cikgu Ramlah (saya tidak tahu di manakah cikgu Ramlah sekarang..hampir berpuluh tahun lalu, masih saya ingat raut wajah cikgu). Masuk ke Darjah 1 - Antara guru-guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Maran seperti Cikgu Temah ( alhamdulillah hingga kini kami masih berhubung di FB, dan cikgu baru sahaja bersara tahun lepas), Cikgu Anuar, Cikgu Alias, Allahyarham Ustaz Mustaffa (Lebih dikenali dgn panggilan abg long.....semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham....Allah lebih menyayangi Ustaz), Cikgu Zainal - :)...cikgu Zainal ialah guru muzik, ibu telah terpilih memasuki kumpulan koir sekolah....dan perkataan yang Cikgu Zainal suka sangat menyebutnya ialah "kambiaaang"....hahahahah.....di manalah cikgu sekarang yer. Tidak lupa juga Cikgu Dzulkifli....cikgu yang paling garang ketika itu, Cikgu Zul pernah menjadi guru kelas ibu.....saban hari takut nak pergi sekolah...sehinggakan ibu diserang sakit perut dan selalu tidak hadir ke sekolah....senyum sendiri bila teringatkan kisah ini...dan masa Darjah 6, guru kelas ibu ialah Cikgu Paraminder Singh..di manakah cikgu sekarang...kali terakhir yang ibu dengar ialah cikgu berada di Kajang.....semoga cikgu berbahagia selalu.

Masuk ke sekolah menengah. selama dua tahun ibu bersekolah di Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh...MasyaAllah...ibu dah lupa nama-nama guru di sini.....apa pun ibu tetap ingat jasa guru-guru di sini.
Masuk Tingkatan Tiga, ibu bertukar ke Sekolah Menengah Maran.....antara guru-guru yang masih dalam ingatan ibu ialah..Cikgu Azizah - iaitu guru kelas ibu semasa Kelas 3 Perdagangan 2, Cikgu Ratena, Cikgu Manoharan, Cikgu Zakaria atau lebih dikenali dengan nama Pok Ya...:)....huahuauha....Cikgu Zakaria adalah cikgu yang Paling garang di SMKM...ibu pasti semua murid akan mengingatinya dan takut dengan cikgu...:). Cikgu Norrela.....adalah cikgu yang paling disayangi ramai murid...cikgu garang tapi garang bertempat...kelakar...cikgu Lela mengajar Matematik...alhamdulillah ibu masih berhubung dengan Cikgu Lela di FB, Cikgu Ashgharee mengajar Add Maths.....aduhhhhhh....killer subjek lah .....memang tak boleh nak ikut..kasihan cikgu terpaksa bersusah payah mengajar kami yang agak lambat untuk mempelajarinya. Cikgu Fauziah Harun.....huhuhuhuh...cikgu mengajar Geografi..pun antara cikgu yang agak garang, dan kata-kata cikgu memang menikan kalbu lah.....

Cikgu Mazmai....merupakan guru kelas ketika berada di Tingkatan 5 Sains.....huhuhuh....cikgu Mazmai pun nak kata garang tu tidaklah tapi jelingannya fuhhh menikam kalbu beserta dengan kata yang agak menikan jiwa juga. Cikgu mengajar biologi. Berita terbaru yang ibu dengar cikgu terlibat dalam kemalangan jalanraya bersama suami iaitu Cikgu Rahim..semoga cikgu berdua selamat dan sembuh seperti sediakala, Cikgu Asiah Said, Cikgu Nordan dan Cikgu Khalid mengajar Fizik dan Kimia......aduhhh subjek yang paling nak dielakkan..terutama kalau kena balik lambat sebab ada amali di makmal, Cikgu Mardiah....dan bbrp org lagi cikgu

Masuk ke Tingkatan Enam...cikgu Fauziah Rashid....cikgu pun merupakan cikgu yang paling disayangi oleh anak-anak murid..garang dan kelakar....cikgu Fauziah merupakan guru kelas ibu waktu itu. Cikgu Rosnah mengajar BM2, Cikgu Maliyanti (dah lupa macamana nak eja), Cikgu Salleh...dan beberapa orang lagi yang ibu sudah ingat-ingat lupa nama. Wajah cikgu...masih dalam ingatan tapi nama sudah lupa....

Kepada Pensyarah-pensyarah ibu di Universiti Kebangsaan Malaysia yang masih ibu ingat seperti Prof. Dr. Shamsul Amri, Prof. Dr. Fatimah, Prof. Dr.Asiah, dan beberapa orang lagi pensyarah dan tutor yang dah tak berapa ingat namanya....semoga kalian semua berbahagia dan dirahmati Allah di mana jua kalian berada.

Juga Selamat Hari Guru ini ditujukan kepada rakan-rakan yang bergelar Guru seperti  Norsalawati, Norasiah Karim, Norlela Md Zain, Sabarinah Bidin, Masnizasham, Suhaila Sabri, Rosmawati Md Taib, Tun Mansor, Syamlatuddiar, Fairus Yusoff, Azhani And Ghani, Suzie Tan, Zamshuzila, Rosaziyah Majid, Fadillah Ismail, Aniza Wati, Tcer Ita, Dayang Nadiah, Zaifizah Yahya, Mahani Mohd Zain, Kak Salasiah Abd Majid, Suriati Zakaria, Mazita Musa, Kak Samsiah Sulaiman, Aniza Rozali, Zairana Ishak, Kak Norizan Harun, Noriah Yusuf. Ramai rupanya rakan-rakan ibu yang bergelar guru....

Juga kepada Adik ipar ibu.....Samsunisha, Jeenathunisha.....kepada kakak angkat ibu Kak Mainon Abd Wahid, kepada abg ipar ibu Cikgu  Anwar...Kepada Cikgu Rita  dan Cikgu Mazlina , guru tadika Idzham......Selamat Hari Guru buat kalian. 

Jasa kalian sebagai guru tidak terbalas....terima kasih kerana menjadi guru kepada anak bangsa dan tabah dalam melalui pelbagai ragam dan kerenah anak-anak murid. Terima kasih juga kepada guru-guru yang menjadi guru kepada anak-anak ibu....alhamdulillah dengan berkat jasa kalian mendidik anak-anak bangsa menjadi seorang yang berilmu dan berakhlak terpuji....hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian dan teruskan usaha murni kalin mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti jemu dan lelah....

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments