Aktiviti Cuti Sekolah - Cream Puff

Assalamualaikum.......
Cuti sekolah semakin menghampiri penghujungnya...kejap jer kan dua minggu cuti persekolahan. Cuti sekolah kali ni, walaupun agak penat, tapi ibu rasa happy sangat sebab semua anak-anak ibu ada di rumah terutama Amerrul Firdaus.....rasa sedih pulak bila cuti sekolah akan berakhir, bermakna ibu akan kembali merindui Along... :(

Percaya tak, kalau ibu katakan cuti sekolah ni, rumah kita kemas, lantai berkilat, barang-barang tersusun dan ibu punya masa untuk membuat pelbagai kuih untuk santapan anak-anak ibu.  Kenapa pulak ekk..pelik gak ibu, biasanya cuti sekolah rumah akan bersepah.....hmmmm..kena siasat ni :))

Cuti sekolah kali ni, ibu rasa macam banyak lak masa...yerla ibu tak perlu lagi nak keluar masuk jadi supir, so..ibu boleh lewatkan waktu memasak, dan di sebelah paginya selesai memasak sarapan, ibu boleh mengemas rumah dari depan hingga ke belakang. Jika ada waktu lapang, sebelum zohor, ibu akan mengemas almari, laci-laci, isi kabinet, dan juga bilik study anak-anak...lepas tu lipat kain, sebelum memasak pulak untuk minum petang.

Ok....jauh lari dari tajuk nampaknya ni.....
Hari ini ibu membuat Cream Puff, dah lama ibu intai resepi ni tapi belum datang mood untuk mencubanya, hari ni baru datang mood untuk mencubanya. Resepi ini ibu ambil dari blog Kak Norida.  Tapi apa pun ibu share jugalah resepinya di sini :

Creampuff resepi ibuku (ibu kak Norida  :) )

250mls air
150gm tepung gandum
4biji telur
125gms mentega ( 1/2 buku lerr tu )
gula sesudu
garam sikit
( garam dan gula ni takbuh pun tak cacat )

Cara-caranya :

Masak air dan mentega sampai mentega cair dan air mendidih
Tutup api .
cepat cepat tuang semua tepung dan kacau laju laju , sampai sebati
Sementara adunan tepung masih panas , masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sampai sebati .
Pipekan atas loyang
Jangan letak dekat dekat sangat nanti kembang
Bakarlah dalam 40 min dgn suhu 170c api atas bawah lebih baik, kalau ada kipas lagi bagus
Jangan buka oven semasa membakar atau ranaplah kuih ni jadinya.
Nak tahu camne kuih ni dah betul betul boleh keluarkan, tgk buih buih kat kuih ni, kalau dah takde maknanya done......kalau dah agak-agak garing tapi buih byk lagi, kecikkan api ye

Custard filling 
4 sudu besar tepung kastad
1/2 tin susu cair
1 gelas air
4 sudu besar gula pasir

kacau sebati dan masak sampai likat

Belah puff tadi jgn sampai putus dan isi filling

Lepas tu boleh lah di makan, tapi kalau nak nampak cantik, boleh taburkan gula icing atas cream puff ni :))


Jom layan gambar hasilnya..... :))


Ohh ya, gambar ni anak ibu..Angah yang snap....pandai juga anak ibu snap yer...


Ini budak comel.....asyik lah makan custard filling tu.... :)


posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments