Pertemuan setelah sekian lama...

Assalamualaikum..pembuka bicara....

16 june ada majlis perkahwinan sepupu ibu di Pahang. Disebabkan pada 17 jun ayah akan oustation jadi kita perlu pulang semula ke Melaka pada 16 jun itu juga. Ayah cadangkan agar kita bertolak pada malam hari jumaat setelah ayah pulang dari kerja. Selepas ayah ambil Firdaus di Asrama, lebih kurang lepas maghrib kita pun bertolak dari Melaka dan seperti biasa ayah mengambil keputusan untuk mengikut jalan melalui Kuala Lumpur dan ikut Lebuhraya Pantai Timur.

Sepanjang perjalanan itu.....kasihan ayah masih tak putus-putus dengan panggilan dan telefon dan juga dalam sedang memandu tu terpaksa melakukan kerja juga....dengan menelefon sana sini untuk menyelesaikan beberapa perkara....kasihan ayah....

Lebih kurang jam 10 lebih malam, kita berhenti rehat di R&R Bentong dan makan minum untuk menghilangkan penat dan mengantuk. Sepanjang pemanduan itu, anak-anak tidur dan kita sampai di rumah Atok dan Nenek jam 1 pagi, sampai agak lambat sebab banyak kali juga kita berhenti selain berhenti di R&R Maran, di mana ketika itu ayah tidak dapat menahan dari mengantuk...ibu nak drive..seperti biasa ayah tak kasi......

Keeseokkannya seawal jam 9:30 pagi kita sudah bertolak ke Kampung Paya Luas bersama-sama Atok. Nenek seperti biasa tak mahu ikut..yerla dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Sampai lebih kurang jam 10 lebih...ketika itu jamuan makan belum bermula.

Bermula dari ibu turun dari kereta....orang pertama yang ibu jumpa ialah sepupu ibu yang kebetulan juga baru sampai.....yang ini ada dekat dua puluh tahun tak bertemu....puas juga ibu nak cam wajahnya...
Ibu masuk jer pintu masuk..jumpa dengan sepupu ibu...Kak Nor, yang ini kakak pada sepupu ibu yang mula-mula ibu jumpa tadi. Kak Nor ni last ibu jumpa sewaktu majlis kahwin ibu, Kak Nor datang. Kemudian....baru lah ibu berjumpa dengan Mak Cu, iaitu tuan rumah majlis kahwin ini....bersama anak-anaknya Mardhiah (pengantin), Mumaiza, Mafrahah dan Mizi.....semuanya dah jadi anak dara dan teruna.....cantik dan handsome...kesemua ni...ibu pernah membantu Mak Cu ibu menjaga mereka ketika mereka masih kecil....banyak kenangan yang ibu tak boleh lupa.....masih lagi teringat lagu yang ibu, Mak Uda dan Mak Long Ja cipta untuk menidurkan Mardhiah sewaktu dalam buaian......hahahahha...lucu pulak rasanya bila teringat senikata lagu tu.....antaranya "Tidurlah wahai Mardhiah.." :))

Ini lah pengantinya..Mardhiah..sungguh cantik...tak puas melihat wajah cantik..orangnya sudah sedia cantik...lagi bertambah cantik bila dah jadi pengantin ni

Kemudian ibu bertemu pula dengan Tuya, Manja, Ja, masing-masing sudah beranak pinak dah....dulu-dulu masa kecil..sama-sama main panjat pokok rambutan, pokok manggis rumah arwah nenek ibu yang ibu panggil Wan..kira pangkat moyanglah dengan anak-anak ibu.

Pak Anjang, Mak Anjang yang datang dari Kedah...berbelas tahun juga tak jumpa, Mak Cek, Mak Lang, Mak Itam, Pak Itam......alhamdulillah...masing-masing masih sihat.....walaupun rupa masing-masing sudah dimamah usia...tapi..serius ibu rindukan wajah-wajah itu...wajah-wajah yang mengembalikan kenangan dan nostalgia ketika ibu masih kecil....sebak rasa bila teringatkan kenagan sewaktu kecil..kehidupan di kampung yang tidak mungkin dapat dikembalikan.....

Ibu tak dapat untuk berlama-lama di rumah Mak Cu memandangkan kita terpaksa bergegas pulang ke Melaka...ayah terpaksa menyelesaikan beberapa perkara seperti menandatangani dokumen dan surat...huhuhuhu..yang ini ibu pun naik geram....dah tau lah yang ayah akan outstaion selama dua minggu lebih..siapkan lah awal-awal surat dan dokumen yang nak kena sign dan apa-apa lah..ini ayah dah sampai rumah baru la terhegeh-hegeh call...nak kena sign itu ini...huhhh...bkn ayah jer yang menyirap..ibu yang dengar ni pun sama menyirap....apa lah yang dorang ni buat kat pejabat ekk....ngadap Facebook ker....tapi tak apalah...apa hak ibu nak masuk campur...tapi bila ia melibatkan masa ayah yang memang sudah suntuk...hangin jugalah ibu.

Ok....berbalik kepada cerita ibu.....berat hati ketika nak melangkah pulang....agaknya bila pulaklah kita semua dapat berkumpul seperti ini lagi......semoga Allah panjangkan umur kita untuk kita sama-sama berkumpul lagi..insyaAllah....walaupun sebenarnya ada terkilan kat hati ni dengan sikap seseorang di majlis itu....tapi tak apalah..ibu dah cuba untuk berbaik...bukan ibu yang  tak mahu bertegur sapa..tapi bila penerimaan seseorang itu yang agak hambar..menyebabkan ibu pun hambarlah juga....tak apalah....semoga Allah membuka pintu hati kita untuk terus mengeratkan hubungan persaudaraan .....

 Ini sewaktu majlis Akad Nikah...sorry yer Ma..Kak Teh ambil dari Facebook Ma, memandangkan kak teh langsung tak sempat nak ambil gambar bersama. Yang baju putih itu, pengantinnya, di sebelah kiri tu adiknya yang no 2..ira dan di tengah-tengah tu...Maiza....cantik sungguh tiga beradik ni... :))


Terima kasih pada Mak Cu, Pak Cu dan anak-anak atas penerimaan kehadiran ibu ke rumah kalian....insyaAllah...kalau ada umur kita bertemu kembali....Di sini ibu seklai lagi nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Mardhiah dan suami...semoga kalian akan bahagia hingga ke Syurga....

posted under |

1 comments:

A m m i said...

lama x jumpa masih boleh berkomunikasi kira masih ok lagilah kak...kalau saya harus jadi kaku sbb dah mcm xtau nak borak apa

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments