Happy birthday Amerrul Firdaus
15 July 2012 - genap 13 tahun umur putera sulung ibu dan ayah. Anak ibu sudah meningkat dewasa. Sambutan birthday kali ni tak sempat nak belikan kek, asalnya nak raikan sekali dengan birthday Balqis tanggal 5 Julai lalu..tapi....tak sempat.
Firdaus dah lama mintak dibelikan jam tangan. Jam yang ada dah rosak, lagi pun jam yang sedia ada tu hanyalah jam biasa-biasa sahaja, yerla beli sewaktu dia masih Darjah 4 atau 5...ibu pun lupa. Kali ni ayah berhajat belikan jam yang agak berkualiti dan cantik. Puas juga membelek jam....akhirnya dapat juga memilih yang sesuai dengan kehendak Firdaus.
Ada sorang budak handsome tu....sama sibuk juga nak jam.....punyalah lama dia memilih jam..lagi lama dari abangnya...dia tak mau jam digital..nak juga jam yang ada jarum....walhal baru jer pandai tengok jam tu..pilih punya pilih..ayah la..rajin sungguh melayan kerenah dia...ibu dan balqis tak larat dah...sudahnya duduk tunggu di kerusi.....biar ayah jer yang layan dia.......
Tengoklah tu.....sungguh teliti dia memilih jam...iyammm...iyammmm
Di sini ibu titipkan kata-kata ucapan dari ayah untuk Amerrul Firdaus
the moment you were born becoming apart of the family, there are plenty of shortcomings, especially the experience as well as financial, we thank Allah for the special 'rezeki' gift which is an honour that comes with responsibility. Alhamdulillah, you had brought light into our lives, keeping us intact making us proud and being such a humble son. Today you are already turned 13 years old, and brother to four siblings, carrying family torch in making mark for others to follow. We in the family wish you HAPPY BIRTHDAY, may Allah bless you. InsyaAllah
Buat Amerrul Firdaus :
Ibu berdoa semoga anak ibu sentiasa di bawah lindunganNya, sentiasa berada di jalan Allah, jalan yang diredhai dan semoga anak ibu beroleh kesihatan yang baik, beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi anak yang soleh yang dapat menyejukkan hati ibu dan ayah, yang dapat mendoakan ibu dan ayah, cemerlang dunia dan akhirat. aminnnn.....
0 comments:
Post a Comment