Hari Raya Aidilfitri 2012

19 August 2012 (Ahad)

Lebaran kali ini kami sambut secara sederhana. Tema yang dipilih tahun ini adalah kaler...hmmmm..kaler apa ek..nak kata coklat pun bukan, nak kata kelabu pun bukan...ayah kata dark olive grey...boleh la ekkk....tapi apa pun..alhamdulillah kaler ni tak der pun sama dengan mana-mana family yang kami jumpa setakat ini. Waktu kami round kedai pun tak jumpa kaler yang sama.... :)). Yang menariknya, dengan hall di rumah kami sekali mengikut tema ini.....huahuahuahua....buat pertama kalinya kami mengecat sendiri hall dan bilik kerja ayah dan ibu di belakang....waduhhh waduhhh....semput ibu dibuatnya..nasib baik anak-anak ringan tulang membantu.....

Kali ini juga pecah rekod selama ini, kami membeli baju melayu awal dari tahun sebelumnya, iaitu pada puasa pertama, banyak pilihan dan semua size yang kami nak ada.....fuhhhh...lega...

Raya pertama, kami beraya di Melaka. Selepas solat aidilfitri, kami menikmati juadah di rumah, dan seterusnya ke MITC untuk menghadiri rumah terbuka TYT Melaka dan juga YAB Ketua Menteri Melaka. Fuhhhhhh....ramainya umat beratur nak bersalam dgn TYT dan CM......nasib baik kami dapat VIP Treatment....kalau tidak..tak der nyalah kami nak beratur macam tu.....Lepas itu, kami beraya di rumah mak dan melayani tetamu dan sedara mara . Selesai rumah mak, kami bergegas pulang, kerana ada saudara-mara yang nak datang rumah.....alhamdulillah..meriah dan penuh rumah dengan gelak tawa saudara-mara serta mak, dan adik-adik ipar serta anak-anak buah.

Sebelah petang kami berkonvoi pula ke Paya Rumput dan kemudian ke Kota Laksamana menziarahi saudara-mara sebelah emak pula.  

Raya kedua kami bertolak ke Pahang dan beraya di Pahang pula,
Sebelum menunaikan solat aidilfitri di Masjid Al-Azim Melaka
Budak kecik ni tak kasi chance ibu dan ayah bergambar berdua
Inilah buah hati pengarang jantung ibu dan ayah, kalian penyeri hidup ibu dan ayah
Amerra Balqis tampil bertudung 

Amerrul Shafiq (Angah)
Amerrul Firdaus (Abang)
Amerrul Idzham (Ateh)

Amerrul Rafique (Uda)
Ibu (Tukang masak :) )
Sedang enak menikmari juadah
Antara juadah di pagi raya

Ayam masak merah
Dalca Kambing

Kurma Ayam

Nasi Beriani ayam
Rendang Daging
Ketupat Segera
Ketika menghadiri Rumah Terbuka TYT Melaka dan YAB Ketua Menteri Melaka di MITC



posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments