Ulangtahun Perkahwinan ke 14
13 September 2012
Hari ini genap 14 tahun ibu dan ayah melayari bahtera rumahtangga dengan dikurniakan anak-anak yang begitu bermakna dan memberikan kami keceriaan dan kebahagiaan. Alhamdulillah pelbagai ranjau kehidupan , susah senang telah kami lalui, dari satu tangga ke tangga kami daki bersama. Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakan ibu seorang yang dapat kami jadikan dahan bergantung, kami jadikan imam, kami jadikan pembimbing kami.....
Ini sebahagian gambar-gambar ketika majlis perkahwinan ibu dan ayah sewaktu di Pahang. Alhamdulillah majlis begitu simple...tak ada majlis persandingan..harrraaammmm kata atuk..... :).
Baju hijau ialah mak dan arwah datuk..sebelah ayah..Al-fatihah untuk arwah Datuk yang kembali ke rahmatullah dua bulan selepas majlis ini.....semoga ditempatkan bersama para solehin..aamiin
Ayah...control handsome.....
Aamiinnn...setelah selesai akad nikah yang diakadkan oleh atuk sendiri..alhamdulillah...itu permintaan ayah...
Ini pula, sejambak bunga yang ayah kirimkan...walau ayah ketika ini berada di Jakarta, namun ayah tidak lupa mengirimkan sejambak bunga....seperti selalu yang ayah lakukan setiap kali sambutan ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah....ada 14 kuntum bunga semuanya...5 kuntum lily dan 9 kuntum ros merah....terima kasih ayah....
Apa pun doa ibu agar ikatan ini kekal bahagia hingga ke syurga bersama anak-anak yang sangat ibu dan ayah sayang :)..aamiin....
2 comments:
Boleh buat mandi bunga tu...;)
Selamat ulangtahun semoga kekal bahagia dunia dan akhirat juga...
hahahahha kak eja...ok jgak ek mandi bunga,,,
terima kasih kak atas doa akak...aamiin
Post a Comment