Makan-makan meraikan AJK Tabika Kemas

22 November 2014 - Sabtu

Alhamdulillah....sesi persekolahan 2014 baru sahaja berlalu.  Sebagai AJK Tabika, ibu merasakan amat berpuashati dengan kerjasama dan segala aktiviti Tabika sepanjang tahun ini. Walaupun saat-saat akhir, Program Berkhatan meramai-ramai yang telah kita adakan selama 2 tahun berturut-turut tidak dapat dilaksanakan. Ini berpunca dari pihak Klinik yang tidak memberikan kerjasama yang memuaskan hati, tidak memberikan feedback yang awal dan menaikkan harga di saat-saat akhir. Kami sedih...namun hakikatnya terpaksa terima apa juga keputusan.
 
Pengerusi Tabika, amat berpuas hati dengan kerjasama AJK Tabika, walaupun bukanlah kesemuanya, untuk itu, pengerusi telah bersetuju untuk meraikan AJK tabika yang terlibat dengan belanja kami makan ikan bakar.....yessssss......:))
 
So....seramai 20 orang AJK telah bersetuju untuk join majlis makan-makan ini bersama pasangan dan anak-anak masing-masing. Pengerusi telah memilih Medan Ikan Bakar di Alai. Petang sabtu tu, hujan telah turun dengan amat lebat, masing-masing dah risau bimbang jika ada yang terkandas untuk sampai ke Alai.
 
Alhamdulillah....akhirnya majlis ini dapat dilaksanakan dengan begitu meriah walaupun ada beberapa orang AJK yang terlewat sampai.
 
Jom kita lihat gambar-gambar.....
 
AJK yang paling aktif dan paling havoc


AJK yang rajin....paling lambat sampai sebab baru balik kerja dan pulak tu boleh sesat nk cari lokasi ikan bakar



Sebahagian dari AJK....time bergambar ni ada sebahagian yang dah balik.....
 

posted under |

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Followers


Recent Comments