Happy Birthday Amerrul Firdaus & Amerra Balqis

Di sebabkan anak sulung ibu, Firdaus dan anak bongsu ibu Balqis lahir pada bulan yang sama, maka kami selalu satukan hari untuk sambut birthday keduanya.


Hari ini baru ada kesempatan untuk belikan kek. Tapi time ibu dengan ayah keluar nak pergi beli kek, hujan turun dengan selebat-lebatnya, terpaksa lah ibu dan ayah meredah hujan lebat untuk masuk ke kedai.

Basah lah kami berdua serta kotak kek anak- anak ibu🥰🥰🥰
Ibu dan ayah tak kisahkan semua tu, janji anak- anak ibu happy. Hari tu masa 5 Julai kami sekeluarga dan sambut dengan makan- makan di Tony Roma's di IOI Mall Putrajaya. Tapi waktu tu, tak de kek.

Beza umur Firdaus dan Balqis ialah 10 tahun 10 bulan.

0 comments:

Post a Comment

Older Post Home

Followers


Recent Comments