Ikut Ayah Outstation Ke Pulau Pinang
19 Jun - 21 Jun
Jumaat - Ahad
Tiga hari mengikuti en.suami outstation ke Pulau Pinang. Kali ini en.suami kena duduk di Shangri-La Rasa Sayang Penang.
Seawal jam 7:30 pagi Jumaat kami bertolak dari Puchong. Lepas jumaat en.suami perlu memulakan tugasnya. Kami sampai di Hotel jam 12 tengahari.
Setelah check in, dan kami minum di Lounge melepaskan letih perjalanan. Sehabis solat Jumaat sehinggalah jam 4:30 petang, en.suami keluar untuk tugas. Sebelum tu, en. Suami telah membelikan makanan untuk isterinya ini.
Kemudian jam 5 pm sehinggalah jam 1 pagi.
Alhamdulillah, isteri dia ni dah siap dengan pelbagai bahan untuk mengisi masa sewaktu ketiadaan en.suami.
Jumaat malamnya, seperti biasa ada bacaan Yassin Online ibubapa anak-anak Tingkatan 5, BASIS. Bacaan yassin ini memang diadakan setiap minggu sehinggalah selesai SPM nanti, insyaAlah .
Selesai sahaja, ibu masuk kelas online dan juga ikuti rakaman kelas yang ada tertinggal. Oh ya, memang bawa sesiap pen warna warni, Kitab² dan buku nota serta laptop.
Sabtu, sempat breakfast bersama di Cafe.
Ada la cerita lawak. Bilik kami, ground floor dan terletak di hujung sekali. Agak jauh juga kena berjalan untuk ke lobi. Dari bilik, nk ke lobi ada 2 jalan, sama ada melalui jalan luar, yang ada view laut atau ikut dalam dan naik lift.
Pagi Sabtu, kami berjalan ke lobi, dan bertanyakan di mana cafe untuk sarapan. Jauh katanya, staff hotel pun tunjukkan laluan yang perlu kami lalui dalam 5 minit berjalan, katanya. Ok lah, mengah jugalah berjalan turun tangga, lalu mcm² bilik, dewan dan akhirnya sampai.
Waktu dah settle sarapan, kami nak balik ke bilik, nak ingat lah jalan tadi. Tiba² nampak signboard ada tertera nombor bilik kami. Kami pun followlah signboard tu, rupanya, bilik kami seberang sahaja dengan cafe ni😆.
Masuk je pintu, terus sampai bilik kami.
Punyalah jauh perjalanan kami tadi.
Sabtu malam, kami plan nak makan nasi kandar Hameediyah. Tapi malangnya ada perarakan chinese sepanjang jalan nak ke sana. 3 jalan kami cuba, semuanya tutup.
Jam dah pukul 10 malam. Kami dari Batu Ferringhi, jam yang agak teruk di sana, dan jam pula di sini disebabkan perarakan ini.
Google lah mana tempat makan.
Jumpalah Nasi Melayu Syazana. Ok lah. Tak dapat nasi Kandar, dapat nasi melayu pun bolehlah. Not bad lah di sini walaupun dah malam, masih byk pilihan lauk pauknya .
Jam 12 tengahari kami bertolak balik ke Puchong.
Minggu ini, Balqis outing. Puas jugalah ibu pujuk untuk dia stay sahaja di asrama. Tapi, itu lah, moodnya ke laut dalam lah, mana pernah tak outing sepanjang 5 tahun di asrama. Alhamdulillah, jumaat tu angah balik ke rumah, dan ahad tu angah yang ambil balqis outing dan bawa ke rumah. Waktu hantar semula ke asrama, angah, abang dan Kak Dija hantar dia ke asrama. Beli jiwa dia, di mana angah belanja Tealive dan abang belanja Texas Chicken. Tak sempat ibu nak jumpa dia, tapi kami bervideo call jugalah dari dalam kereta.
0 comments:
Post a Comment